Saturday, November 14, 2020

Kelebihan Selawat al-‘Azhimiyyah

 


Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘lÁ (yang juga disebut sebagai al-Mu‘allÁ). Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya..

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapa pun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat  al-‘Azhimiyyah yang telah diajarkan oleh asy Syaikh Ahmad ibn IdrÏs.” Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi [sejauh perjalanan] lima ratus tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula Mawlay al-‘ArabÏ ad-DarqawÏ di dalam kitab ar Rasa’il ad-Darqawiyyah :

 



Aku menasihatimu agar mendekatlah kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membanyakkan membaca selawat dan salam ke atas baginda, sebagaimana yang telah kami ajarkan beberapa hari dahulu. Pada pendapat kami, hakikat membaca selawat dan salam ke atas baginda hanya akan diperolehi oleh orang yang mengikuti sunnah baginda dan bersifat dengan sifat-sifat baginda. Ramai manusia yang telah membaca selawat ke atas baginda dengan jumlah yang banyak, namun mereka sedang berenang di dalam kegelapan. Ini ialah kerana mereka jahil tentang sunnah baginda. Mereka telah berkecimpung di dalam bidaah. Semoga AllÁh mengurniakan rahmat kepadamu! Berhati-hatilah dengan lubang ini dan jauhilah ia. Semoga AllÁh menyelamatkan kami dan engkau daripada terjatuh ke dalamnya.

Sunday, November 8, 2020

Selawat Sulthon. Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Sumber dari Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.


 






Lafaz Selawat Paling Afdal.

 


Selawat Ibrahimiyah adalah antara selawat yang paling afdhal dibaca olih umat Islam. Ketika seorang yang sedang membaca tahyat akhir dalam sembahyang maka afdhal dibaca akan selawat Ibrahimiyah ini.

Kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang disebut dalam selawat bersama Nabi Muhammad saw?
Ada banyak sebab kenapa hanya Nabi Ibrahim a.s. yang disebut. Antaranya :

Firman Allah :

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا

Artinya : “Sungguhnya orang yang paling utama dengan Nabi Ibrahim a.s. ialah orang-orang yang mengikuti Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi ini yaitu Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang beriman.” (‘Ali ‘Imran : 68)

Masa Dan Tempat Dianjurkan Untuk Selawat Nabi.

 


  • Umat Islam digalakkan memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:
  • Sesudah laungan azan
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
    Dalam solat jenazah
  • Dalam takbir-takbir hari raya
  • Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
  • Pada awal dan akhir bacaan doa, sesuai dengan hadis mauquf daripada Sayidina Umar riwayat at-Tirmizi yang bermaksud:
  • Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehingga kamu membacakan selawat ke atas nabimu, Nabi SAW
  • Pada malam dan siang hari Jumaat.
  • Dalam Khutbah dan semasa bacaan Doa Qunut
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW
    Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit, dan lain-lain.

Hukum Berselawat.

 


Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:

  1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
  2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
  3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
  4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Tingkatan Selawat.

 


Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad S.A.W

Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasulullah. Ini tidak pula bermakna bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah. Sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia. Sepertilah seorang ibu memuji-muji dan terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya. Di dalam ayat tadi, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut melakukannya. Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam Al-quran. Allah sebenarnya mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya.

Selawat malaikat kepada para nabi dan rasul

Para malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat. Mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul. Walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka. Mengapa? Kerana malaikat sememangnya diciptakan tanpa nafsu (yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran), oleh itu adalah mudah untuk mereka melakukan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah. Tetapi manusia diciptakan dengan nafsu. Bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat.

Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.