Saturday, November 14, 2020

Kelebihan Selawat al-‘Azhimiyyah

 


Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘lÁ (yang juga disebut sebagai al-Mu‘allÁ). Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya..

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapa pun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat  al-‘Azhimiyyah yang telah diajarkan oleh asy Syaikh Ahmad ibn IdrÏs.” Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi [sejauh perjalanan] lima ratus tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula Mawlay al-‘ArabÏ ad-DarqawÏ di dalam kitab ar Rasa’il ad-Darqawiyyah :

 



Aku menasihatimu agar mendekatlah kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membanyakkan membaca selawat dan salam ke atas baginda, sebagaimana yang telah kami ajarkan beberapa hari dahulu. Pada pendapat kami, hakikat membaca selawat dan salam ke atas baginda hanya akan diperolehi oleh orang yang mengikuti sunnah baginda dan bersifat dengan sifat-sifat baginda. Ramai manusia yang telah membaca selawat ke atas baginda dengan jumlah yang banyak, namun mereka sedang berenang di dalam kegelapan. Ini ialah kerana mereka jahil tentang sunnah baginda. Mereka telah berkecimpung di dalam bidaah. Semoga AllÁh mengurniakan rahmat kepadamu! Berhati-hatilah dengan lubang ini dan jauhilah ia. Semoga AllÁh menyelamatkan kami dan engkau daripada terjatuh ke dalamnya.

Sunday, November 8, 2020

Selawat Sulthon. Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Sumber dari Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.


 






Lafaz Selawat Paling Afdal.

 


Selawat Ibrahimiyah adalah antara selawat yang paling afdhal dibaca olih umat Islam. Ketika seorang yang sedang membaca tahyat akhir dalam sembahyang maka afdhal dibaca akan selawat Ibrahimiyah ini.

Kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang disebut dalam selawat bersama Nabi Muhammad saw?
Ada banyak sebab kenapa hanya Nabi Ibrahim a.s. yang disebut. Antaranya :

Firman Allah :

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا

Artinya : “Sungguhnya orang yang paling utama dengan Nabi Ibrahim a.s. ialah orang-orang yang mengikuti Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi ini yaitu Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang beriman.” (‘Ali ‘Imran : 68)

Masa Dan Tempat Dianjurkan Untuk Selawat Nabi.

 


  • Umat Islam digalakkan memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:
  • Sesudah laungan azan
  • Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
    Dalam solat jenazah
  • Dalam takbir-takbir hari raya
  • Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
  • Pada awal dan akhir bacaan doa, sesuai dengan hadis mauquf daripada Sayidina Umar riwayat at-Tirmizi yang bermaksud:
  • Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehingga kamu membacakan selawat ke atas nabimu, Nabi SAW
  • Pada malam dan siang hari Jumaat.
  • Dalam Khutbah dan semasa bacaan Doa Qunut
  • Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW
    Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit, dan lain-lain.

Hukum Berselawat.

 


Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:

  1. Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
  2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
  3. Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
  4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Tingkatan Selawat.

 


Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad S.A.W

Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasulullah. Ini tidak pula bermakna bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah. Sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia. Sepertilah seorang ibu memuji-muji dan terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya. Di dalam ayat tadi, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut melakukannya. Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam Al-quran. Allah sebenarnya mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya.

Selawat malaikat kepada para nabi dan rasul

Para malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat. Mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul. Walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka. Mengapa? Kerana malaikat sememangnya diciptakan tanpa nafsu (yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran), oleh itu adalah mudah untuk mereka melakukan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah. Tetapi manusia diciptakan dengan nafsu. Bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat.

Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.

Kelebihan berselawat.

 


Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dianggap sebagai suatu pekerjaan atau perbuatan yang disertakan ganjaran sama ada daripada Allah serta daripada baginda sendiri. Hal tersebut menyebabkan bahawa selawat itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang banyak. Antara kelebihan tersebut ialah:

  • Mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
Nasib manusia di akhirat memang tidak pasti. Kalau di lihat pada diri umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu, kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong di akhirat nanti.
Syafaat Nabi S.A.W di akhirat nanti ada 5 jenis:
  • Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
  • Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi S.A.W (dengan izin Allah jua)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya."
—Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib
  • Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "
—Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "
—Riwayat Ad-Dailami
  • Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."
—Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim
  • Mendapat ketenangan jiwa
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. : "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."
  • Mendapat rahmat dari Allah
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. : "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "
—Riwayat Muslim
  • Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "
—Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a.
  • Digembirakan dengan syurga.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "
—Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.
  • Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
—Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban


Kepentingan Selawat.

 



Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Malah, begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana hal ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :


"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W "

 Riwayat Ad-Dailami


Seperti yang disebut dalam Al-Quran, Allah meletakkan keutamaan dan kepentingan selawat pada kedudukan yang tinggi. Disebabkan umat manusia, terutamanya golongan yang termasuk dalam umat akhir zaman melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari terutamanya yang hidup jauh daripada zaman Nabi S.A.W dari segi jarak dan juga zaman. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam sehingga iman umat ini diibaratkan senipis kulit bawang dan turut diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Atas kehendak Allah jualah yang menerima dan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya, Allah menyeru hamba-Nya untuk berselawat kepada Nabi S.A.W dahulu sebelum berdoa agar peluang untuk dikabulkan adalah lebih.

Hal ini disebutkan oleh ramai para ulama tentang amalan dalam ibadah dan doa bahawa berselawat kepada Nabi ibarat pengesahan dan sokongan daripada baginda S.A.W. Hal ini turut dinamakan sebagai tawassul (mencari laluan) atau tabarruk (menumpang berkat). Analogi yang digunakan adalah apabila seseorang membuat suatu permohonan kepada orang atasan dan permohonan tersebut turut diaju oleh ramai orang lagi. Maka, untuk membuatkan permohonannya itu lebih istimewa, orang tersebut akan mencari laluan yang mudah dengan menyertakan sekali pengesahan atau sokongan orang yang terkenal atau orang yang rapat dengan pihak atasan tadi agar memudahkan permohonan kita diterima. Perihal ini turut sama dalam berdoa, apabila kta menggunakan selawat sebagai pengesahan lebih-lebih lagi oleh Nabi Muhammad, nabi kepada umat akhir zaman dan juga kekasih Allah.

Pengertian Selawat.


 


Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arabالصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arabالصلاة‎ ), beerti doapujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W.[1]"

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:

Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W[2]

Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.