Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi . Malah, begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana hal ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi "
– Riwayat Ad-Dailami
Seperti yang disebut dalam Al-Quran, Allah meletakkan keutamaan dan kepentingan selawat pada kedudukan yang tinggi. Disebabkan umat manusia, terutamanya golongan yang termasuk dalam umat akhir zaman melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari terutamanya yang hidup jauh daripada zaman Nabi dari segi jarak dan juga zaman. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam sehingga iman umat ini diibaratkan senipis kulit bawang dan turut diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Atas kehendak Allah jualah yang menerima dan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya, Allah menyeru hamba-Nya untuk berselawat kepada Nabi dahulu sebelum berdoa agar peluang untuk dikabulkan adalah lebih.
Hal ini disebutkan oleh ramai para ulama tentang amalan dalam ibadah dan doa bahawa berselawat kepada Nabi ibarat pengesahan dan sokongan daripada baginda . Hal ini turut dinamakan sebagai tawassul (mencari laluan) atau tabarruk (menumpang berkat). Analogi yang digunakan adalah apabila seseorang membuat suatu permohonan kepada orang atasan dan permohonan tersebut turut diaju oleh ramai orang lagi. Maka, untuk membuatkan permohonannya itu lebih istimewa, orang tersebut akan mencari laluan yang mudah dengan menyertakan sekali pengesahan atau sokongan orang yang terkenal atau orang yang rapat dengan pihak atasan tadi agar memudahkan permohonan kita diterima. Perihal ini turut sama dalam berdoa, apabila kta menggunakan selawat sebagai pengesahan lebih-lebih lagi oleh Nabi Muhammad, nabi kepada umat akhir zaman dan juga kekasih Allah.
No comments:
Post a Comment