Sunday, November 8, 2020

Pengertian Selawat.


 


Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arabالصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arabالصلاة‎ ), beerti doapujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W.[1]"

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:

Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W[2]

Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.

No comments:

Post a Comment